Kehadapan sang bulan yang sngt bermakna dalam hidupku..Sememangnya perkenalan kita adalah takdir daripada-Nya. Sebagai makhluk yang dicipta, takdir ini harus kita hargai sampai bila-bila. Bersyukurlah kepadaNya kerana ukhwah ini.
Wahai sang bulan,
Aku adalah satu antara bintang yang bertaburan dilangit ini. Mungkin yang membezakan antara aku dengan bintang-bintang lain adalah aku mengenalimu dan yang lain tidak. Dan mungkin kerana itu, aku rasa akulah bintang yang paling bertuah antara yg berjuta. Wahai bulan, aku senang sekali dengan perhubungan kita. Berkongsi cerita itu dan ini. Semuanya akanku abadikan dalam hidupku.
Wahai sang bulan
Tanpa ku sedari, aku telah jatuh cinta padamu. Dan saat itu, telah kukunci pintu hatiku untuk menerima yang lain. Saat kau tiada, aku menunggu kehadiranmu didada langit, berteman pekat malam . aku tahu, hadirmu hanya sekejab. Saat kau perlu pergi, dan kau pergi meninggalkanku. Dan ketika itu, aku hanya berkata dalam hati, pergilah kemana pun yang kau ingini..tapi suatu saat kau harus kembali kesisi ku lagi.
Ketika kau kembali, dan kau khabarkan tentang sang mentari, alangkah luluhnya hatiku. Pelbagai persoalan bermain difikiranku, sehinggakan aku rasakan sinarku malap buat seketika. Tetapi ku gagahi demi menjadi sang pendengar yg setia. Sedangkan dalam hati, hujan lebat menyimbah.
Wahai sang bulan
Aku juga manusia biasa. Telah lama ku ingin zahirkan perasaanku terhadapmu. Tapi tiada kekuatan untuk itu. Entah kenapa, tibaa-tiba saat itu, aku dapat memecahkan tembok yang selama ini menghalang aku untuk berbuat demikian. Lalu ku luahkan apa yang terpendam dalam hatiku sekian lama. DAN INILAH YANG AMAT KUKESALI.
Wahai Sang bulan,
Pertemuan antara kau dan sang mentari juga takdir drp-Nya. Dek kerana sinar yg dipancarkan oleh mentari, jasadmu juga turut bercahaya. Harus kau ingt itu..tiada mentari, tiadalah sinar pd jasadmu. Dia berperanan penting dalam hidupmu. Pertelingkahan adalah perkara biasa. Kau harus fikirkannya semula dengan penuh bijaksana. Sanggupkah kau melukakan hatinya dengan meninggalkannya??
Wahai bulan,
mentari juga adalah bintang. Tp yg membezakan antara aku dan dia, aku hanyalah bintang biasa yang berada disisimu saat kau perlu teman bicara. Tapi, dia?? Lebih dari itu, kerana antara kau dan dia sangat memerlukan antara satu sama lain. Dan aku sangat yakin dengan itu. Terimalah dia seadaanya.
Wahai sang bulan
Maafkan aku dengan tindakanku. Aku tahu kau diambang rasa serba salah. Bukan niatku meletakkan kau di situasi ini. Tak sepatutnya aku menzahirkan perasaanku disaat pertelingkahan kau dan mentari sedang memuncak (PERKARA YANG AMAT KU KESALI..maaf sangat2).wahai bulan, sayang dan cinta bukanlah beban. Aku yakin sangt kau boleh membimbingnya..Usah sedih lagi.
Wahai bulan
Aku mengundur diri..tidak sanggup rasanya melukakan hati sang mentari. Pasti dia akan sedih sangat andai aku merampasmu daripadanya. Aku hanyalah bintang biasa dan tak mungkin dapat ku tandingi sinarnya mentari.
Aku tahu kau punya rasa bersalah terhadapku. Dan kerana rasa itulah, kau fikir yang kau perlu menerimaku. Janganlah begitu..tak perlu rasa bersalah. Takut ia memakan diri. Janganlah kau bimbang, walaupun sekian lama ku semai perasaanku terhadapmu, aku yakin aku boleh melupakannya. Aku bukanlah bintang yang lemah. Dan aku tak ingin jadi lemah. Aku bisa hidup tanpamu kerana aku punya kenangan bersamamu. Sudah cukup rasanya itu bagiku.
Harapanku: Moga bulan dan bintang akan terus berkawan sampai bila-bila =)